Pelakon Uqasha Senrose menyatakan suaminya, Kamal Adli cedera parah diserang individu tidak dikenali di Singapura.
Artikel berkaitan: Diserang Guna Chota Sampai Kepala Bocor, Kamal Adli Jalani Pembedahan Di Hospital Singapura
Dia keluar cota dari poket
Ketika dihubungi OhBulan!, Uqasha yang dalam keadaan teresak-esak berkata pada mulanya mereka menyangka lelaki itu adalah peminat.
Kata Uqasha, kejadian itu berlaku kira-kira dalam pukul 10 malam (Ahad).
Kami ada acara ekspo di Singapura. Hari ini adalah hari terakhir dan kami dah nak selesai. Lebih kurang jam 10 malam, ada seorang makcik nak bergambar di kerusi roda.
Saya dan suami bergambar dengan makcik itu. Tiba-tiba, ada seorang lelaki datang dan bertanya, Kamal mana.
Kami fikir, dia peminat. Kamal tegur dia, tiba-tiba dia keluarkan cota dari poket. Dia pukul berkali-kali belakang kepala.
Darah berjurai di baju. Apabila Kamal angkat kepala, dia pukul di tulang pipi. Kemudian berkali-kali di badan dan dia pun ada senjata tajam.
Ditanya keadaan Kamal, pelakon berumur 31 tahun, memberitahu perlu segera menjalani pembedahan kerana mengalami kecederaan parah.
Saya sedih kerana Kamal perlu jalani pembedahan, sebab belakang kepala luka panjang. Mungkin dia kena ditidurkan.
Saya tak boleh nak masuk bilik pembedahan sekarang. Cuma boleh buat laporan polis di Singapura.
Risau keselamatan diri
Tambah Uqasha, dia juga berasa risau dengan keselamatan dirinya dan adik beradiknya yang turut menerima ugutan daripada individu itu.
Bila dia dah ditangkap oleh orang awam, pdia berikan beberapa alasan antaranya, kononnya dia dihantar oleh satu pihak, kemudian, katanya dia ada isu peribadi dengan Kamal dan bila ditanya lagi, dia beritahu bahawa dia cemburu apabila Kamal berkahwin dengan saya.
Yang menjadi kerisauan kami, dia sempat memberikan ugutan kepada kami. Katanya, dia ingat wajah kami termasuk adik beradik saya dan akan menanggung akibatnya.
Kalau dia ada cota dan senjata tajam, tak mustahil dia ada senjata api juga. Depan polis pun dia berani berikan ugutan.
Dalam pada itu, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa berkata lelaki terbabit sudah ditahan pihak polis.
Terdahulu, Uqasha memuat naik video pendek di Instagram, memaparkan dirinya sedang menangis di hospital dengan keterangan, memohon doa daripada orang ramai buat suaminya.
source https://ohbulan.com/alasan-serang-dihantar-satu-pihak-ada-isu-peribadi-dengan-kamal-uqasha-senrose