Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Ahad, 12 Februari 2023

[VIDEO] ‘Malunya, Kalau Ibu Mentua Tengok’ – Aksi Mesra Dengan Suami Dikritik, Fasha Sandha Bidas Mulut Celupar Netizen

Di Instagram, pelakon, Fasha Sandha mencuri tumpuan ramai selepas berkongsi sebuah video mesra bersama suaminya, Aidil Aziz.

Simpan sikit sis

Menerusi video tersebut, Fasha yang ligat menari bersama suaminya mencetus pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang mengkritik tindakan mereka. Menjengah di ruangan komen, seorang individu memberi teguran buat Fasha dan mendakwa tingkah laku pelakon ‘Dendam Seorang Isteri’ itu akan memalukan ibu mentuanya.

Berikutan daripada itu, Fasha dilihat tidak berdiam diri dan membidas komen individu berkenaan dengan berkata ibu mentuanya itu seorang yang tidak mudah menghakimi dirinya.

Mak mentua saya paling tak suka judge orang dan dia tahu anak menantu pelakon, dia terima kami seadanya. Baik buruk kami berdua dan sentiasa mendoakan kami yang baik-baik. Kami tau kami tak sempurna, dan kami belajar untuk perbaiki diri kami. Thank you for your concern sister.

Di samping itu, beberapa individu lain turut menegur Fasha agar tidak terlalu kerap berkongsi momen bahagia bersama suami di media sosial kerana perkahwinan adalah satu pinjaman.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Sumber: Fasha Sandha 



source https://ohbulan.com/video-malunya-kalau-ibu-mentua-tengok-aksi-mesra-dengan-suami-dikritik-fasha-sandha-bidas-mulut-celupar-netizen

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman