Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 15 Februari 2023

Tular Video Wanita Sakit Mental Lahirkan Bayi Di Tepi Jalan, Netizen Desak Buat DNA Cari Pelaku

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang wanita dipercayai orang kurang siuman melahirkan bayi bersendirian di tepi jalan pada 11 Februari lalu.

Wanita kurang siuman lahir anak tepi jalan

Menerusi video pendek yang tular di TikTok, seorang wanita yang memakai kain sarung sedang terbaring di dalam sebuah pondok manakala bayi yang baru dilahirkan turut berada di situ. Kelihatan penduduk kampung di Aceh Timur, Indonesia turut berada di lokasi kejadian bagi menghulurkan bantuan kepada si ibu dan bayi.

Apabila ditanya siapakah yang menghamilkannya, wanita terbabit memberitahu bahawa si pelaku merupakan warga setempat namun dia tidak berupaya memberitahu secara terperinci memandangkan dirinya mempunyai masalah kesihatan mental.

Difahamkan, kedua-dua beranak ini telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan mereka berada dalam keadaan sihat. Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.

Sementara di ruangan komen TikTok, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan tindakan jijik si pelaku yang tergamak mengambil kesempatan terhadap wanita kurang siuman sehingga hamil. Mereka berharap agar si pelaku segera diberkas dan dijatuhi hukuman yang setimpal.

Video

Sumber: TikTok, TV One News



source https://ohbulan.com/tular-video-wanita-sakit-mental-lahirkan-bayi-di-tepi-jalan-netizen-desak-buat-dna-cari-pelaku

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman