Penyanyi Sissy Imann, menegaskan bahawa tindakannya menangis di pentas Famili Duo selepas ditegur juri Mas Idayu baru-baru ini bukanlah ‘gimik’ untuk menjual albumnya.
Artikel Berkaitan: ‘Kecewa Dengan Diri Sendiri’ – Sissy Imann Mahu Jaga Kesihatan Mental, Nafi Kecil Hati Dengan Mas Idayu
Artikel Berkaitan: ‘InsyaAllah, Kami Akan Muncul’ – Naim Daniel
Keputusan dibuat secara drastik
Penyanyi berusia 28 tahun tersebut turut menjelaskan bahawa keputusan menjual album yang dirakam di Abbey Road Studios, London dengan harga RM20 merupakan satu keputusan yang dibuat secara drastik semasa dirinya tidak dapat mengawal emosi.
Kalau saya betul-betul nak buat gimik, dengan menangis di atas pentas dan fikirkan keuntungan, lebih baik saya jual RM150 ataupun lebih. Sebab masa itu pun, orang tengah kasihankan saya. Mana tahu mereka sanggup juga untuk beli.
Ujarnya lagi, dia menjual album dengan harga yang sangat rendah tanpa berbincang terlebih dahulu dengan ibu bapa serta keluarganya kerana Sissy hanya mahu album itu cepat habis dijual.
Tak untung, menyesal
Sissy turut mengakui bahawa dia kesal dengan tindakan yang dibuat secara melulu kerana hasil jualan albumnya itu tidak menguntungkan malah penghasilan albumnya itu merupakan sesuatu yang bermakna.
Saya memang dah lama mengimpikan untuk rakam album di Abbey Road Studios, London sejak kecil lagi. Kos pembikinan juga ditanggung sendiri sehingga mencecah enam angka yang mana saya dah kumpul dalam tempoh lama sebagai penggiat seni.
Pasangan Naim Daniel itu juga berkata bahawa dia pastinya akan membuat cetakan semula albumnya demi memenuhi permintaan peminat dan akan menjualnya dengan harga RM50 seunit termasuk mengenakan caj penghantaran.
Sumber: Harian Metro
source https://ohbulan.com/sissy-imann-akui-menyesal-jual-album-dengan-harga-rm20-keputusan-itu-dibuat-dalam-keadaan-emosi-tak-terkawal