Di Instagram, pelakon, Amyra Rosli meluahkan rasa kecewa apabila dia menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat pereka dalaman yang sepatutnya bertanggungjawab menyiapakan proses ubah suai rumah ibu dan bapanya.
Dah buat bayaran lebih RM240k
Menurut Amyra, dia sudah membuat pembayaran lebih RM240 ribu untuk proses ubah suai tersebut. Namun begitu, projek berkenaan dipercayai masih terbengkalai. Lebih teruk, bangunan rumah tersebut juga dikatakan telah rosak.
Saya gunakan khidmat interior designer dari sebuah syarikat ***** Ini kononnya dapat memudahkan dan mencantikkan rumah mama ayah saya.
Selepas membuat bayaran sebanyak RM240,000 lebih dan hampir setahun kami menunggu dan sabar dengan segala alasan dari mereka, inilah hasil yang saya dapat.
Semakin rosak bangunan rumah mama ayah. Banyak juga saya dengar ramai yang terkena dengan mereka. Ambil projek banyak-banyak selepas itu terbengkalai.
Astaghafirullahazim, berani betul korang aniaya orang dekat dunia ni. Tak apalah kita serahkan semua pada Allah, itu yang terbaik sya arasa. Dunia ni pun dah tenat, tak lama dah pun korg boleh “kencing” org sana sini.
Ujar ibu kepada dua orang cahaya mata ini, dia terpaksa memulakan segalanya meskipun rasa kecewa apabila ditipu masih terasa.
Sedih but Alhamdulillah, mungkin ujian ini ada hikmah disebaliknya.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Amyra Rosli
source https://ohbulan.com/setahun-tunggu-rumah-ibu-ayah-siap-renovate-amyra-rosli-kena-tipu-lebih-rm240k-ini-hasil-yang-saya-dapat