Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 22 Februari 2023

‘Saya Dah Bersedia Untuk Bergelar Isteri’ – Zara Zya Bakal Berkahwin Tahun Ini?

Baru-baru ini, viral di media sosial foto seorang wanita menyarungkan sebentuk cincin ke jari pelakon Zara Zya.

Artikel berkaitan : Viral Foto Disarung Cincin, Zara Zya Respons Tak Mahu Komen

Artikel berkaitan : ‘Saya Nak Simpan Dulu, Tunggu Masa Sesuai’ – Zara Zya Akan Umumkan Siapa Jejaka Pilihannya?

Dah sedia nak jadi isteri orang

Menurut Zara Zya, kini dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Malah, pelakon berusia 38 tahun itu turut memberi bayangan seolah-olah dia bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

Ada lah. Ada (tentang berkahwin) tapi nanti lah (akan dedahkan). Bukan fasal (kahwin) saya sekarang dan nak menginjak usia 40 tahun atau apa.

Perkahwinan ini perlu tanya diri kita sama ada dah bersedia atau belum. InsyaAllah saya dah bersedia untuk bergelar isteri tahun ini. Doa-doakanlah.

Apabila ditanya mengenai siapakah lelaki tersebut, Zara cuba untuk mengelak daripada menjawab soalan berkenaan.

Hanya marketing

Mengulas mengenai hubungannya dengan pelawak Shuib, pelakon Risik Pada Hati itu mengatakan bahawa ia adalah marketing untuk perniagaan mereka.

Namun, Zara tetap mendoakan yang terbaik untuk Shuib jika benar jodohnya dengan ahli perniagaan, Watie Hanifiah.

Saya rasa semua tahu bahawa saya dengan Shuib memang untuk marketing produk minuman pada waktu itu. Tapi masih ada yang tetap mendoakan (nak kami bersama).

Apa-apa pun saya tetap mendoakan Shuib. Sudah tentu saya sebagai kawan mendoakan yang terbaik untuk dia.

InsyaAllah semoga hubungannya dengan siapa pun yang menjadi pilihannya kekal hingga akhir hayat.

Sumber : Gempak



source https://ohbulan.com/saya-dah-bersedia-untuk-bergelar-isteri-zara-zya-bakal-berkahwin-tahun-ini

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman