Sekadar gambar hiasan
Sekumpulan anggota polis di Kupang Timur Tengah Selatan, Indonesia, menemui seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang berada di rumah ibu saudaranya secara bersendirian dalam keadaan dirinya diikat dengan tali.
Artikel Berkaitan: Berang Difitnah Keluar Dengan Lelaki, Bekas Ustazah Didakwa Pukul Rakan Sekerja
Artikel Berkaitan: Cemburu Kenal Dengan Lelaki Lain, Sami 56 Tahun Cederakan Cucu Sebelum Gantung Diri – ‘Saya Tak Ada Peluang Nak Sentuh Awak’
Tidur di lantai
Semasa kanak-kanak lelaki itu ditemui, dia sedang tidur di lantai rumah dengan kaki dan tangannya diikat menggunakan tali pada 20 Januari lalu.
Menurut Ketua Hubungan Masyarakat Polis Daerah Kupang Timur Tengah Selatan iaitu Komisaris Besar Ariasandy, anak kecil itu menetap bersama dengan ibu saudara kerana ibu kandungnya merantau di Kalimantan untuk menyara kehidupan mereka.
Ujarnya lagi, kanak-kanak tersebut ditinggalkan bersendirian kerana ibu saudaranya pergi ke kebun dan mengikatnya kerana tidak mahu dia bermain dengan air kencingnya semasa membuang air kecil.
Sebelum ke kebun, ibu saudaranya mengikat kedua-dua tangan dan kaki kanak-kanak tersebut sebelum menguncinya daripada luar.
Kejadian itu menjadi bualan ramai selepas jiran tetangga mendengar suara tangisan daripada rumah terbabit sebelum membuat laporan polis. Difahamkan, kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis. Malah, gambar anak kecil itu turut viral di media sosial selepas orang kampung berkongsi di aplikasi WhatsApp.
Sumber: Kompas.com
source https://ohbulan.com/risau-main-air-kencing-wanita-ikat-tangan-kaki-anak-saudara