Sekadar gambar hiasan
Seorang pelajar Tahun 5 di Tanah Merah, Kelantan mendakwa dirinya mengalami retak lutut selepas menerima denda ketuk ketampi daripada gurunya.
Artikel Berkaitan: Pasangan Kekasih Buat ‘Projek’Sebelum Kemalangan, Teman Wanita Keluar Kereta Dalam Keadaan Bogel
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Apa Haiwan Berbulu Tu? Bukan Main Goyang Ekor Dia’– Kelibat Anjing Dalam Rumah BCL Undang Kritikan Netizen
Trauma & takut mahu sekolah
Kejadian itu menyebabkan pelajar lelaki tersebut trauma dan takut untuk kembali ke sekolah walaupun pihak sekolah telah membuat permohonan maaf.
Ibu mangsa yang dikenali sebagai Azlina, 36, berkata anak ketiganya itu sememangnya pernah mengalami keretakan di kawasan sama selepas jatuh semasa bermain bola tiga bulan lalu.
Disebabkan kecederaan itu, doktor menasihatkan agar anak lelakinya itu tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal yang melampau.
Dia selalu terlepas beberapa kelas di sekolah disebabkan kecederaan dirinya. Saya juga sudah maklumkan keadaan itu kepada cikgu-cikgunya.
Difahamkan, anaknya bersama beberapa pelajar lain dipanggil untuk dikenakan denda ketuk ketampi sebanyak 30 kali kerana tidak hadir ke sekolah.
Anak saya tidak hadir ke sekolah pada 8 Januari lalu sebab dia mengalami cirit-birit. Saya dah maklumkan hal berkenaan di dalam group WhatsApp.
Azlina menegaskan lagi bahawa keluarganya tidak mahu membesarkan isu tersebut namun laporan polis tetap akan dilakukan sebagai persediaan untuk sebarang kemungkinan.
Sumber: New Straits Times
source https://ohbulan.com/pelajar-tahun-lima-dakwa-alami-retak-lutut-selepas-didenda-ketuk-ketampi-30-kali