Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 21 Februari 2023

Mayat Sarjan Polis Tertembak Diri Sendiri Dibawa Pulang Ke Sarawak

Mayat seorang anggota polis berpangkat sarjan yang dipercayai menembak dirinya sendiri menggunakan pistol telah dibawa pulang ke kampung halaman yang terletak di Sri Aman, Sarawak pada Isnin.

Artikel Berkaitan: Anggota Polis Ditemui Maut, Dipercayai Tembak Diri Sendiri Dengan Pistol

Dibawa pulang dengan pesawat

Mendiang, Jana Anak Milie, 51, dibawa pulang ke Sarawak menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) Bayan Lepas selepas selesai dibedah siasat dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) sekitar jam 4:10 petang.

Sementara itu, isteri kepada Jana iaitu Sandra Anak Kuno, mengakui bahawa dia dan keluarga terkejut dengan kejadian yang menimpa suaminya itu namun reda dengan pemergiannya.

Dia merupakan suami yang baik dan suka bergurau dengan anak-anak selain dari peramah dengan semua orang serta tidak memilih dalam berkawan.

Disemadi mengikut adat Iban

Ujarnya lagi, suaminya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik sebelum insiden tersebut berlaku malah mereka sempat bersembang, makan dan tidur seperti kebiasaannya.

Difahamkan, mayat mendiang anggota polis itu akan disemadikan di Kampung Sutong, Sri Aman pada Jumaat ini selepas mengikut upacara pengebumian kaum Iban selama tiga hari berturut-turut.

Pada Isnin, negara dikejutkan dengan kejadian seorang anggota polis berpangkat sarjan yang ditemui maut di perkarangan Balai Polis Bayan Lepas, Pulau Pinang selepas disyaki menembak dirinya sendiri menggunakan pistol.

Sumber: Kosmo



source https://ohbulan.com/mayat-sarjan-polis-tertembak-diri-sendiri-dibawa-pulang-ke-sarawak

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman