
Sekadar gambar hiasan
Seorang guru tadika di Seoul, Korea dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun gara-gara meletakkan detergen serta bahan penghalau nyamuk ke dalam makanan murid-muridnya.
Artikel berkaitan : Takut ‘Kantoi’ Keluar Dating Dengan Lelaki Lain, Isteri Reka Cerita Diberi Minum Racun
Artikel berkaitan : Sakit Hati Tak Diberi Perhatian & Paksa Cari Kerja, Anak Tergamak Letak Racun Dalam Minuman Keluarga
Dituduh letak detergen dalam makanan

Sekadar gambar hiasan
Pada Khamis lalu, Mahkamah Daerah Selatan Seoul mensabitkan kesalahan bagi wanita berusia 50 tahun terbabit atas tuduhan cubaan mencederakan kanak-kanak serta memerintahkan 10 tahun sekatan pekerjaan di mana-mana institusi kanak-kanak.
Tertuduh melakukan jenayah terhadap kanak-kanak sedangkan dia bertanggungjawab untuk melindungi mereka.
Tertuduh turut membuat alasan yang tidak dapat difahami. Hakikatnya kanak-kanak itu tidak dicederakan telah dipertimbangkan apabila hukuman diputuskan.
Menurut penyiasat, wanita berkenaan meletakkan detergen dan bahan penghalau nyamuk dalam makanan yang disediakan untuk kanak-kanak di sebuah tadika pada November 2020.
Walau bagaimanapun, ketika perbicaraan pertama tertuduh menolak tuduhan dan mengatakan bahawa dia tidak pernah menyakiti orang.
Sebagai seorang guru dan ibu, saya tak pernah melakukan perkara yang boleh menyakiti seseorang.
Sumber : Korean Times
source https://ohbulan.com/letak-detergen-ubat-nyamuk-dalam-makanan-murid-guru-tadika-dipenjara-4-tahun
