Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 20 Februari 2023

Lelaki Maut Terkena Besi Pencangkuk Mesin Padi

Seorang buruh maut selepas terkena libasan besi pencangkuk mesin pemotong padi yang tersangkut di kawasan sawah Kampung Sungai Padang, Simpang Empat, semalam (Ahad).

Artikel Berkaitan: Disyaki Berebut Wanita, Lelaki Maut Dibunuh Rakan

Artikel Berkaitan: Lelaki Maut Disyaki Terkena Renjatan Elektrik, Sewaktu Main Telefon Bimbit Sedang Dicas

Libasan rantai besi

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 4.33 petang. Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Sharif Hamdan, 36, sedang membetulkan rantai besi yang digunakan untuk menarik mesin pemotong padi yang dikendali oleh rakannya di kawasan bendang itu.

Menurut Ketua polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, mangsa yang mengalami kecederaan parah telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati sebuah mesin pemotong padi telah tersangkut ketika memotong padi di kawasan tersebut.

Semasa proses menarik keluar mesin padi tersebut dengan bantuan sebuah mesin padi yang lain, salah satu pencangkuk yg diikat pada mesin padi telah patah dan rantai besi yang terputus telah melibas bahagian leher sebelah kiri dan pipi mangsa yang berdiri di antara dua mesin padi tersebut.

Mayat lelaki berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Buletin TV3



source https://ohbulan.com/lelaki-maut-terkena-besi-pencangkuk-mesin-padi

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman