Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 25 Februari 2023

Kekal Hubungan Baik Dengan Bekas Suami… Anim Ezati Mahu Anak Dapat Kasih Sayang Sama Rata

Bergelar personaliti TV dan juga seorang ibu tunggal, Anim Ezati tetap cekal dalam menjalani tanggungjawab untuk anak perempuannya iaitu Yara Alanna Khalsom, tiga tahun.

Artikel Berkaitan: Anim Ezati Mengaku Buat Pembedahan Bariatrik, Mahu Jaga Penampilan Sebagai Personaliti TV

Kekal hubungan baik dengan bekas suami

Selepas lebih setahun berpisah dengan bekas suami iaitu Fadli Sahuddin, pengacara Helo Doktor itu mengambil keputusan untuk mengekalkan hubungan baik demi anak perempuan mereka.

Biarpun hak penjagaan anak dimiliki sepenuhnya oleh Anim atau nama sebenarnya Anim Ezati Rizki Mohd Khalid, dia tidak pernah menghalang bekas suami untuk meluangkan masa bersama anak.

Betul, kami masih lagi menjaga hubungan baik sesama sendiri. Bukan sebagai pasangan tapi sebagai seorang ibu dan seorang ayah demi anak perempuan kami.

Ujarnya lagi, kata sepakat itu untuk dibuat kerana mahukan anak mereka mendapat perhatian dan kasih sayang yang mencukupi daripada kedua-dua ibu bapa.

Belum bersedia untuk kembali bercinta

Sempat diasak soalan mengenai persediaan untuk kembali bercinta, pengacara itu mengatakan bahawa dirinya masih belum bersedia untuk mempunyai hubungan serius dengan sesiapa.

Turut mengakui bahawa terdapat beberapa individu yang ingin ‘mencuba nasib’ namun Anim Ezati tetap dengan pendiriannya untuk kekal solo buat masa ini.

Ini kerana, dia hanya mahu fokus kepada anak perempuannya dan juga karier sebagai personaliti TV memandangkan tahun 2023 merupakan tahun yang agak sibuk buat Anim Ezati.



source https://ohbulan.com/kekal-hubungan-baik-dengan-bekas-suami-anim-ezati-mahu-anak-dapat-kasih-sayang-sama-rata

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman