
Penyampai radio, Fizi Ali meluahkan rasa kesal terhadap dakwaan mengatakan dia sedang bercinta dengan wanita yang dikenali sejak beberapa bulan lalu, Tiz Ikha.
Artikel berkaitan : Akui Sedang Mengenali Seseorang, Fizi Ali Sedih Kenang Masa Depan Anak
Artikel berkaitan : Shakilla Khoriri Nafi Berbincang Dengan Fizi Ali Untuk Rujuk Semula
Artikel berkaitan : Selit Satu Gambar Wanita ‘Free Hair’, Fizi Ali Sedang Dilamun Cinta? – ‘Makin Bahagia Dengan Orang Yang Setia’
Hanya rakan biasa

Menurut Fizi, hubungannya dengan wanita berkenaan masih berada di peringkat perkenalan. Malah, mereka juga merupakan rakan perniagaan dan hanya sekadar rakan biasa.
Tiada istilah dia adalah kekasih hati atau pengganti kepada ibu Ameena. Ibu Ameena masih hidup lagi dan itu fakta. Tiada siapa boleh menggantikan tempat ibunya yang bersusah payah menjaga Ameena.
Saya rasa perkataan itu tidak sesuai digunakan oleh sesetengah pihak apabila mendakwa saya dan Tiz sedang menjalin hubungan cinta sedangkan kami hanya berkawan. Jangan cuba melaga-lagakan kami.
Memang betul saya kerap bertemu Tiz untuk bercakap mengenai perniagaan yang bakal kami usahakan bersama-sama. Selain itu, kami juga ada berbual mengenai kehidupan masing-masing.
Tak tolak jika ada jodoh

Ujarnya, dia tidak menolak sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh awal kerana dia ingin mencari kebahagiaan sendiri.
Saya sudah bersedia jika jodoh tiba awal. Kalau lambat pun saya okey saja. Apa yang pasti saya sudah ‘move on’ dengan kehidupan yang lepas. Saya ingin cari kebahagiaan sendiri. Ameena pun sudah sudah beberapa kali jumpa Tiz. Mereka juga sangat mesra.
Jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan Tiz, saya tiada masalah. Sebab kami selalu bersama berbincang perniagaan.
Sekadar info, Fizi pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018, namun bercerai pada Disember 2021.
Sumber : Harian Metro
source https://ohbulan.com/fizi-ali-tepis-dakwaan-bercinta-dengan-rakan-niaga-apa-yang-pasti-saya-sudah-move-on
