Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 27 Februari 2023

‘Emran Tak Beritahu Saya Berkaitan Rumah Tangganya’ – Erra Fazira Enggan Masuk Campur

Pelakon Erra Fazira menjelaskan bahawa dia tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga bekas suaminya, Engku Emran dengan Noor Nabila yang didakwa dalam proses bercerai.

Artikel berkaitan : Noor Nabila Dah Padam Foto Berdua Tapi Engku Emran Masih Simpan Di IG

Artikel berkaitan : Rumah Tangga Didakwa Sedang Bergolak, Engku Emran Masih Simpan Foto Kahwin Bersama Nabila Di IG

Artikel berkaitan : Netizen Dakwa Noor Nabila Pernah Sebut Status ‘Single’, Bakal Cerai Dengan Engku Emran?

Tak mahu masuk campur

Menurut Erra, dia hanya mendapat tahu mengenai perkara berkenaan menerusi laporan media sahaja.

Saya tidak mahu masuk campur urusan bekas suami kerana menghormati cara dan kehidupannya. Kalau kami bercakap pun hanya pasal anak saja.

Setakat ini, Emran juga tidak ada beritahu saya apa-apa pun berkaitan rumah tangganya dengan Nabila. Sebagaimana yang kita tahu Emran seorang yang sangat berahsia orangnya.

Dalam pada itu, Erra mengatakan bahawa dia tidak bertanya mengenai perkara terbabit kepada anaknya kerana tidak mahu emosi Engku Aleesya terganggu.

Saya juga menghormati anak saya dan tidak mahu perkara itu mengganggu fikirannya. Kalau Aleesya mahu berkongsi perkara itu, saya bersedia untuk menjadi pendengar yang baik.

Anggap ia adalah takdir

Walau bagaimanapun, jika benar dakwaan Engku Emran dan Nabila sudah bercerai, pelakon berusia 49 tahun itu menganggap ia adalah takdir buat mereka.

Tiada siapa yang berkahwin mahukan perceraian. Mungkin mereka ada masalah yang tak terbendung lagi. Kita jangan menilai orang kerana kehidupan kita pun tak tahu lagi.

Walaupun saya pernah hidup bersama dengannya (Emran) tapi saya tidak pernah menilainya kerana itu adalah takdirnya.

Sumber : Harian Metro



source https://ohbulan.com/emran-tak-beritahu-saya-berkaitan-rumah-tangganya-erra-fazira-enggan-masuk-campur

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman