Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 1 Februari 2023

Berang Difitnah Keluar Dengan Lelaki, Bekas Ustazah Didakwa Pukul Rakan Sekerja

Gara-gara dituduh keluar dengan lelaki, seorang bekas ustazah di sebuah sekolah rendah agama (SRA) didakwa selepas mendatangkan kecederaan kepada rakan sekerjanya di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka.

Artikel Berkaitan: Lelaki Pukul Ibu Saudara Ditahan, Pernah Ada Tiga Rekod Jenayah Lampau

Mengaku tidak bersalah

Tertuduh kejadian tersebut, Nurul Hidayah Khairuddin, 24 tahun, walau bagaimanapun tidak mengaku salah selepas pertuduhan berkenaan dibaca di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Nurul Hidayah diwakili peguam Mohd Fahmy Mohd Sulaiman.

Kesalahan itu dikatakan berlaku di Kelas 2 Omar di SRA Jabatan Agama Melaka (JAIM) daerah Melaka Tengah pada 2.40 petang pada 28 September 2022.

Difahamkan, tertuduh menyebabkan Nadirah Ahmad Ropie, 24 tahun, cedera parah selepas berlaku pertengkaran antara mereka berdua.

Susulan kejadian itu, pendakwaan kes dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan serta Seksyen 34 bagi akta sama di mana pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan didenda jika didapati bersalah.

Fitnah beritahu guru besar

Sekadar gambar hiasan

Dikatakan, pertengkaran antara kedua-dua ustazah wanita itu berlaku selepas tertuduh bengang kerana mangsa melemparkan fitnah mengenai dirinya dan memberitahu kepada guru besar sekolah tersebut dengan mengatakan dia keluar secara berduaan dengan lelaki lain.

Disebabkan kejadian itu juga, tertuduh telah ditamatkan perkhidmatannya sebagai ustazah serta merta dan mahkamah membenarkan dirinya untuk diikat jamin sebanyak RM3,000 sekali gus menetapkan tarikh sebutan seterusnya pada 13 Mac ini.

Sumber: The Star



source https://ohbulan.com/berang-difitnah-keluar-dengan-lelaki-bekas-ustazah-didakwa-pukul-rakan-sekerja

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman