Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 24 Februari 2023

Anim Ezati Mengaku Buat Pembedahan Bariatrik, Mahu Jaga Penampilan Sebagai Personaliti TV

Personaliti TV3, Anim Ezati mengakui bahawa dirinya telah melakukan pembedahan bariatrik untuk tujuan kesihatan sekitar tahun 2022.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bahagia Aku Mungkin Bukan Dalam Perkahwinan Buat Masa Ini’ -Anim Ezati

Pernah cecah hampir 100kg

Jelas Anim atau nama sebenarnya Anim Ezati Rizki Mohd Khalid, dia melakukan pembedahan itu selepas mendapatkan nasihat dari doktor dan juga pakar.

Keputusan itu dibuat kerana dia sukar untuk menurunkan badan selepas melahirkan anak sulungnya pada 2020 walaupun telah mengamalkan diet sihat.

Lepas bersalin, berat saya hampir mencecah 100kg. Tetapi, selepas mengamalkan diet dan juga bersenam, berat saya hanya turun jadi 89 kg.

Ujarnya lagi, pembedahan tersebut turut membantu untuk dirinya menjaga penampilan sebagai seorang personaliti TV selain meningkatkan keyakinannya untuk berada di hadapan kaca televisyen.

Perlu makan setiap dua jam

Pun begitu, Anim turut memberitahu bahawa kuantiti makanannya kini perlu diambil dengan sedikit kerana sebahagian perutnya telah dibuang sebagai salah satu prosedur pembedahan bariatrik.

Bila dah buat pembedahan ni, keluasan perut tinggal dalam 20%. Jadi, saya makan dalam dua ke tiga sudu sahaja pun dah kenyang.

Walaupun kuantiti makanan diambil dengan sedikit, pengacara Helo Doktor itu turut menegaskan bahawa dia perlu mengisi perut semula setiap dua jam agar tidak terlalu lapar.

Bukan itu sahaja, dia juga mendedahkan yang dirinya masih lagi mengamalkan diet sihat selain masih melakukan ‘follow up’ bersama penasihat pemakanannya untuk mengekalkan berat badan.



source https://ohbulan.com/anim-ezati-mengaku-buat-pembedahan-bariatrik-mahu-jaga-penampilan-sebagai-personaliti-tv

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman