
Penyanyi, Ernie Zakri meluahkan rasa syukur dan terima kasihnya kepada peminat atas segala doa serta sokongan yang diberikan sepanjang membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) pada Ahad lalu.
Artikel Berkaitan: #AJL37: Naim Daniel Dapatkan Nasihat Doktor Untuk Menyanyi Terbalik & Tergantung
Artikel Berkaitan: #AJL37: Guna Lebih 200 Meter Kain, Kepulan Awan Simbolik Aina Abdul Untuk Arwah Ayah
Karier muzik bukan pertandingan

Menerusi perkongsian tweet yang dibuat oleh isteri kepada penyanyi, Syamel, dia mengatakan bahawa dirinya menerima keputusan pertandingan tersebut dengan hati yang terbuka walaupun tidak membawa pulang sebarang trofi.
Hai, saya cuma mahu mengambil sedikit masa untuk berterima kasih kepada semua. Saya baca semua. Alhamdulillah. Saya terima setiap keputusan dengan hati terbuka. Karier muzik saya adalah satu perjalanan dan bukannya pertandingan.
Malah, Ernie turut menjelaskan bahawa dia amat gembira kerana masih diberikan peluang untuk bertanding di AJL37 selain menegaskan dirinya masih dalam proses belajar agar dapat perbaiki bakat supaya menjadi penyanyi yang lebih baik di masa akan datang.
Di kesempatan itu juga, Ernie turut memuji barisan pemenang dengan mengatakan mereka sememangnya layak untuk berada di tempat masing-masing selepas usaha dan kesungguhan yang telah dibuat selama berbulan-bulan sehingga ke hari penentuan.
Malah, pelantun lagu Korban itu mengambil keputusan untuk memandang kemenangan penyanyi-penyanyi AJL37 dari sudut positif agar dapat dijadikan sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha dalam bergelar anak seni tanah air.
Sumber: Twitter
source https://ohbulan.com/ajl37-karier-muzik-saya-adalah-perjalanan-bukannya-pertandingan-ernie-zakri
