Seorang wanita di Amerika Syarikat yang mendakwa memiliki janggut terpanjang di dunia, kini bahagia bersama lima kekasihnya.
Artikel berkaitan : Dituduh Hamil Anak Luar Nikah, Bekas Isteri Kata Tegar Cemburu Dia Ada Kekasih – ‘Kau Bagi Nafkah RM0.14 Itupun Bila Diminta’
Artikel berkaitan : Teruja Ke Singapura Nak ‘Surprise’ Selepas 6 Tahun Tak Pernah Jumpa, Sekali Kantoi Teman Lelaki Dah Nak Kahwin Esok
Artikel berkaitan : Nekad Curi Gelang Emas Untuk Langsaikan Hutang Kereta Teman Lelaki, Wanita 22 Tahun Ditahan
Bahagia ada 5 teman lelaki
Wanita berkenaan, Jessica D Czerwinski atau lebih dikenali sebagai Jessa The Bearded Lady mempunyai janggut sepanjang 11.43 sentimeter lebih panjang daripada pemegang rekod dunia, Vivian Wheeler.
Jessica yang merupakan seorang personaliti televisyen kini menjalinkan hubungan jarak jauh dengan lima teman lelakinya dan telah berkahwin dengan salah seorang daripada mereka.
Wanita berkenaan berkahwin dengan seorang pesara tentera marin Amerika Syarikat yang berusia 71 tahun dikenali sebagai Paul. Mereka mula mengenali antara satu sama lain ketika Jessica berusia 20-an.
Difahamkan, Jessica mengalami sindrom ovari polikistik dan fibromyalgia. Sindrom ovari polikistik adalah keadaan yang mempengaruhi ovari tanpa rawatan dan ia membawa kepada masalah sistematik yang meluas termasuk kehilangan tulang serta kanser. Manakala fibromyalgia adalah keadaan yang menyebabkan keletihan yang melampau, kesakitan yang meluas serta kemurungan.
Sumber : Daily Star
source https://ohbulan.com/wanita-berjanggut-hidup-bahagia-dengan-5-teman-lelaki