Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 4 Januari 2023

[VIDEO] Wah! Pasangan Ini Bertuah Remy Ishak Jadi Jurugambar, Siap Bagi Arahan ‘Posing’

Perkongsian TikTok isteri kepada pelakon, Remy Ishak iaitu Ezza Rose semasa percutian mereka ke Tasik Cermin, Ipoh, baru-baru ini mencuri tumpuan netizen.

Artikel Berkaitan: Banyak Sangat Berlakon Sampai Rasa ‘Lost’, Remy Ishak Nak Rehat Dari Dunia Lakonan

Artikel Berkaitan: ‘Ingat ‘Fake Account’ Tadi’ – Wajah Zoey Rahman Nampak ‘Lain’, Netizen Cakap Muka Lama Lagi ‘Handsome’

Rakam momen Remy jadi tukang ambil gambar

Menerusi video tersebut, Ezza merakam momen satu pasangan yang meminta pertolongan Remy untuk mengambil gambar mereka berdua dengan berlatarbelakangkan pemandangan Tasik Cermin.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila pasangan tersebut tidak mengetahui bahawasanya aktor berumur 40 tahun itu yang membantu merakam kenangan mereka.

Ada pasangan yang minta tolong ambilkan gambar. Seperti biasa, suami saya gigih untuk dapatkan gambar cantik.

Harap suka gambar yang diambil

Bukan itu saja, Ezza juga berharap agar pasangan tersebut berpuas hati dengan hasil kesungguhan suaminya menangkap gambar-gambar tersebut.

Di bahagian komen, ramai yang menyifatkan pasangan itu sangat bertuah kerana foto mereka diambil oleh selebriti terkenal.

Untungnya Remy yang jadi tukang ambil gambar. Siap effort lagi minta bergaya depan kamera.

Dalam pada itu, pasangan tersebut turut ‘hadir’ di bahagian komen dengan mengakui tidak menyangka rupa-rupanya jurugambar itu adalah Remy Ishak.

Komen netizen

Video

@roseezza

Tadi singgah Tasik Cermin ada 1 couple mintak tolong ambik gambar , macam biasa lah suami ku memang gigih kalau bab ambik gambar, nak dapatkan shot yang cantik!?. Harap couple ni happy lah dengan gambar dia, sebab depa tak perasan siapakah photographer misteri gigih ini. ???? Happy New year 2023 guys!. #remyishak #happynewyear2023

? Tak Kan Hilang by Budi Doremi – Kopi Rona

Sumber: Ezza Rose



source https://ohbulan.com/video-wah-pasangan-ini-bertuah-remy-ishak-jadi-jurugambar-siap-bagi-arahan-posing

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman