Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Ahad, 22 Januari 2023

[VIDEO] Seram! Tengah Seronok Lepak Vila, Geng Lelaki Terkejut Dengar Suara Perempuan Menyanyi Pukul 2 Pagi

Di TikTok, sekumpulan lelaki yang menetap di sebuah vila di Kuala Selangor, Selangor mengalami satu kejadian menyeramkan apabila terdengar suara wanita semasa sedang lepak bersama.

Artikel Berkaitan: Didakwa Diserang Sihir Pemisah, Aidit Noh &Isteri Pergi Berubat – ‘Kaki Kena Tarik Masa Tidur, Nampak Kelibat & Pocong’

Artikel Berkaitan: Pontianak Berdiri Depan Rumah, Pemuda Kekal Tenang Pergi Kerja Pukul Tiga Pagi

Hantu boleh menyanyi?

Menerusi video berdurasi 00:25 saat itu, kelihatan beberapa orang lelaki yang jelas bingung dan terkejut apabila terdengar suara perempuan ‘menyanyi’ menerusi set mikrofon di vila mereka.

Jika diamati betul-betul video berkenaan, suara wanita tersebut menyanyi lagu dari Christina Perri iaitu ‘A Thousand Years’ pada jam 2 pagi.

@fendihamzah

SERAM MAT #jeram #selangor #villa

? Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

Tiada orang pun!

Walau bagaimanapun, segelintir warganet di bahagian komen mengata suara wanita itu merupakan dari jiran sekitar vila berhampiran yang auto-connect dengan pembesar suara mereka.

Disebabkan ramai yang memberikan komen serupa, pemilik akaun tersebut bertindak dengan merakam satu lagi video yang menunjukkan bahawa kawasan vila itu tidak mempunyai orang dan berada jauh dengan kawasan kejiranan.

Setakat ini, kejadian itu masih lagi menjadi misteri dan beberapa pengguna TikTok yang lain turut berasa seram selepas melihat video yang dimuat naik oleh pengguna akaun tersebut.

Video

@fendihamzah

Replying to @NailiAzman sebelah takde orang semalam.

? Scary music horror mystery(1040775) – parts di manta

Sumber: TikTok



source https://ohbulan.com/video-seram-tengah-seronok-lepak-vila-geng-lelaki-terkejut-dengar-suara-perempuan-menyanyi-pukul-2-pagi

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman