
Umum mengetahui pelakon Mia Ahmad, 35, telah selamat melahirkan anak perempuan yang juga anak ketiganya di Kuantan, Pahang tepat jam 1.25 pagi pada 17 Januari lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih JDT Untuk Segalanya’ – Mia Ahmad Ikut Suami Pindah Ke Pahang, Sedih Tinggalkan Johor
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fyna Jebat & Zainal Abidin Hassan Dalam Satu ‘Frame’, Cetus Keterujaan Dalam Kalangan Netizen
Masih ditemani suami

Mia Ahmad yang juga merupakan isteri kepada pemain bola sepak Sri Pahang FC iaitu Izham Tarmizi atau nama sebenarnya Mohd Izham Tarmizi Roslan sempat berkongsikan momen dirinya sebelum dimasukkan ke wad bersalin di TikTok.
Pelakon drama Hati Perempuan itu meluahkan rasa syukur apabila suami masih setia menemai walaupun sudah masuk cahaya mata ketiga. Menerusi rakaman itu, Izham juga dilihat setia berada di sisi isterinya sepanjang proses kelahiran.
Dalam video yang berdurasi 00:51 minit itu juga, pasangan dua sejoli itu sempat meluangkan masa bersama-sama sebelum Mia bertarung nyawa untuk melahirkan anak perempuan mereka.
Sempat lah nak sarapan berdua. Masa berharga juga ni.
Sebelum ini, Izham berkongsi berita gembira menerusi satu hantaran yang di muat naik di Instagram (IG) dengan meluahkan rasa syukur kerana isteri dan anaknya selamat dan betada dalam keadaan sihat.
Video
@mia4hmad Bersalin normal atau c-sect, tetap ibu berkorban nyawa dalam labor room. Semoga kita menjadi anak soleh dan solehah supaya mendapat keturunan yang baik-baik juga. #izhaMia #babyno3
Sumber: TikTok
source https://ohbulan.com/video-mia-ahmad-syukur-suami-setia-teman-masa-bersalin-anak-ketiga-sempat-pergi-sarapan-berdua
