
Perkongsian isteri kepada pelakon Fizo Omar, Fazeera Nazri Azri di TikTok menjadi bualan warganet selepas memuat naik sebuah video pendek bersama anak tirinya iaitu Wan Maryam atau lebih mesra dipanggil Cik Yam.
Artikel Berkaitan: Sempat Berseloroh Minta Isteri ‘Standby’ Tambah Anak, Fizo Omar Jelaskan Kenapa Cik Yam Tiada Dalam Foto Keluarga
Rajin layan kerenah anak-anak

Menerusi video itu, Fazeera dilihat rajin melayan kerenah anak perempuan sulung Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar sewaktu menjaga adiknya iaitu Wan Khaleeda.
Bukan itu saja, penulisan kapsyen Fazeera turut mencuri perhatian orang ramai selepas dia meluahkan rasa syukurnya apabila melihat kedua-dua anak perempuannya saling menyayangi.
Umi sangat gembira tengok kedua-dua anak umi ni menyayangi antara satu sama lain. Umi doakan agar hubungan anak-anak umi sentiasa tidak berbelah bahagi sampai bila-bila.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Fazeera yang melayan Wan Maryam dengan adil persis seperti anak kandungnya sendiri.
‘Semoga bonding kekal erat selamanya’

Malah, tidak kurang juga yang mendoakan agar hubungan ibu dan anak kekal selamanya walaupun Maryam merupakan anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu Fizo Omar dengan bekas isterinya iaitu Mawar Karim.
Lemah-lembut betul dia bercakap dengan Maryam walaupun mak tiri. Untung dapat mak tiri baik macam ini.
Fizo Omar mendirikan rumah tangga bersama Fazeera yang merupakan bekas pramugari pada 21 Oktober 2021 selepas berkenalan selama setahun dan mereka dikurniakan anak perempuan, Wan Khaleeda pada 25 Jun 2022.
Video
@iamfizoomar umi sgt happy tengok dua-dua anak umi ni menyayangi satu sama lain. umi doakan agar hubungan anak-anak umi sentiasa tidak terbelah bahagi sampai bila2. ??
Sumber: TikTok
source https://ohbulan.com/video-lemah-lembutnya-dia-cakap-layan-maryam-macam-anak-sendiri-ramai-puji-isteri-fizo-omar
