
Di TikTok, seorang lelaki sanggup menaiki motosikal sejauh 40KM sebaik pulang dari kerja dengan sebelah tangan kerana sebelah lagi membawa mainan untuk anak-anaknya.
Artikel Berkaitan: Lawan Perasaan Takut, Saharul Ridzwan Sahut Cabaran Terapung Di Tengah Laut Selama Sejam
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mia Ahmad Syukur Suami Setia Teman Masa Bersalin Anak Ketiga, Sempat Pergi Sarapan Berdua
Bagi kejutan untuk anak-anak

Perkongsian yang dimuat naik oleh seorang isteri mengundang rasa sebak warganet selepas memaparkan kesungguhan suami untuk menggembirakan anak-anak di rumah.
Ini kerana, kepulangan suaminya disambut oleh kedua-dua anaknya dan kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka apabila hadiah mainan dihulurkan.
Menerusi penulisan kapsyen di video itu juga, pemilik akaun tersebut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada suaminya kerana sentiasa cuba yang terbaik untuk menggembirakan anak-anak.
Penat kerja 12 jam. Bila balik bawa motor sebelah tangan macam itu (40km). Tapi bila tengok anak-anak gembira, mesti abang tak rasa pun letih, penat tu kan?
‘Kenapa aku yang sedih ni?’

Menjengah di bahagian komen pula, ramai yang turut terharu melihat hubungan antara bapa dan anak-anak yang begitu erat walaupun dalam keadaan bersederhana.
Selain daripada itu, rata-rata mereka juga mendoakan agar keluarga itu sentiasa bahagia dan dibalas dengan rezeki yang melimpah ruah bersama-sama.
Ya Allah, sebak… Semoga abang dimurahkan rezeki dan diberkati Allah dan bahagia di samping keluarga tercinta.
Video
@nurulainjidan Jasa & pengorbananmu tidak terhitung… Terima kasih untuk segalanya ??????
Sumber: TikTok
source https://ohbulan.com/video-lelaki-ride-motosikal-sebelah-tangan-sejauh-40km-bawa-mainan-terus-hilang-penat-tengok-wajah-seronok-anak-anak
