Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 16 Januari 2023

[VIDEO] ‘Kereta Malam’ Siti Sairah & Siti Saida Vazz, Raih Juara Mingguan Konsert Kelima!

Minggu kelima program Famili Duo menyaksikan pasangan adik beradik, Siti Saida dan Siti Sairah merangkul gelaran juara mingguan. Bertemakan ‘Dangdut/Hindustan/Nusantara’, pasangan ini telah menyanyikan lagu ‘Kereta Malam’ nyanyian Elvy Sukaesih.

Raih 61.6 peratus

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Mendahului pertandingan dengan meraih 61.6 peratus markah, Siti Sisters dilihat sudah memberikan yang terbaik buat penyokong dan penonton setia program Famili Duo. Menurut Mas Idayu, pasangan ini sudah tahu konsep persembahan yang ingin disampaikan dan Siti Saida kelihatan sangat selesa, semalam.

Dinilai sebanyak 80 peratus oleh juri tetap, Ajai dan Mas Idayu serta 20 peratus undian atas talian oleh penonton, Saida dan Sairah berjaya membawa pulang hadiah mingguan berjumlah RM10,000. Pasangan adik beradik iaitu Ayda Jebat dan Fyna Jebat menduduki tangga kedua. Mereka meraih markah sebanyak 59.6 peratus. Diikuti, Zaki dan Yamani Abdillah di tangga yang ketiga.

Bagi markah keseluruhan pula, Siti Sisters masih berada di tangga tiga yang terbawah bersama Sabhi Saddi dan Fareedpf, Bella Astillah dan Wani Kayrie.



source https://ohbulan.com/video-kereta-malam-siti-sairah-siti-saida-vazz-raih-juara-mingguan-konsert-kelima

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman