
Seorang wanita dikenali sebagai Nik menjadi bualan hangat netizen apabila videonya bersama suami yang jauh lebih berusia tular di media sosial.
Artikel berkaitan : Diejek Kahwin Dengan ‘Atok, Cinta Sejati Tetap Satukan Wanita Ini Dengan Suami Beza Umur 20 Tahun
Artikel berkaitan : [VIDEO] Pernah Kahwin 5 Kali, Datuk 50 Tahun Nikah Dengan Gadis 14 Tahun.. Harap Ini Yang Terakhir
Artikel berkaitan : [VIDEO] ‘Alang-Alang Single Saya Masuk Jarum Lah’ – Dulu Jadi Ayah Angkat, Sekarang Suami
Kahwin dengan lelaki berumur

Menurut wanita berusia 20 tahun itu, suaminya kini berusia lingkungan 70-an dan merupakan perkahwinan yang kedua.
Dalam pada itu, Nik tidak kisah dengan perbezaan umur kerana apa yang penting adalah dia sangat menyayangi warga emas.
Umur Nik 20 tahun, suami pulak 70 lebih.
Saya dan biasa dah kahwin dengan orang tua. Dari umur 18 dah habis sekolah terus kahwin. Ni kahwin kali kedua.
Apabila ditanya mengenai suami pertamanya, wanita berkenaan mendedahkan bahawa bekas suaminya itu sudah meninggal dunia akibat sakit dada sebelum bertemu dengan pasangan baru.
Korang tak faham apa yang Nik rasa. Suami pertama akak dah meninggal sakit dada.
Mak tiri Nik cakap ada orang datang rumah nak jumpa. Lepas tu mama cakap lelaki tua, Nik cakap tak apa mama lelaki tua pun tak apa sebab Nik sayang warga emas.
Mama cakap dia ada kereta ada rumah sendiri. Nik pun happy senang lah nak bawa Nik pergi jalan-jalan.
Video penuh
@aladamramadhannik syg warga emas….? original sound – CEO OF AI MANGA
@nik.164 #CapCut ? original sound – nik
‘Kita doa baik-baik je’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan Nik. Malah, ada juga di antara mereka mendoakan agar perkahwinan kedua wanita itu bahagia hingga ke Jannah.
Sumber : aladamramadhan, nik.164
source https://ohbulan.com/video-janda-20-tahun-dedah-kahwin-kali-kedua-dengan-lelaki-70-an-nik-sayang-orang-tua-habis-sekolah-18-tahun-terus-kahwin
