Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 27 Januari 2023

Tak Tahan Kena Ejek, Remaja 18 Tahun Ditembak Bapa Sendiri Selepas Video Menari Viral

Sekadar gambar hiasan

Seorang bapa di kampung Vano Ghari di Sardaryab, Pakistan nekad menembak anak perempuannya selepas video menari remaja berusia 18 tahun itu tular di media sosial.

Artikel berkaitan : Cemburu Isteri Dibawa Pergi Pasar Malam, Suami Tikam Saudara Guna Sabit

Artikel berkaitan : [VIDEO] Ingatkan Anak Nangis Nak Susu, Rupa-Rupanya Cedera Terkena Peluru Sesat

Artikel berkaitan : Lelaki Tembak Kemaluan Suami Baru Bekas Isteri Kerana Cemburu, Bila Disoal Siasat Kata ‘Tersilap’ Sambil Ketawa

Bapa tembak anak

Sekadar gambar hiasan

Ibu mangsa memberitahu kepada pihak berkuasa bahawa dia bersama mangsa dan menantu lelakinya berada di rumah pada ketika itu sebelum suaminya bertindak mengambil sepucuk pistol lalu menembak remaja perempuan terbabit.

Difahamkan, si suami tergamak membunuh anaknya selepas terdapat individu mengejeknya mengenai video menari yang tular di media sosial itu.

Tolak lamaran lelaki tempat kerja

Sekadar gambar hiasan

Kisahnya bermula apabila mangsa telah dilamar oleh seorang lelaki dari Swat yang bekerja di tempat yang sama dengannya. Bagaimanapun, lamaran berkenaan ditolak kerana gadis berkenaan sudah bertunang dengan lelaki lain.

Berang lamarannya tidak diterima, lelaki terbabit kemudiannya memeras ugut, namun usahanya gagal juga.

Bukan itu sahaja, dia turut membuat keputusan untuk membalas dendam dengan menyebarkan video menari remaja berkenaan di media sosial dengan menggunakan akaun palsu. Susulan daripada itu, ibu mangsa telah memfailkan FIR di Islambad terhadap lelaki terbabit.

Sumber : The Current



source https://ohbulan.com/tak-tahan-kena-ejek-remaja-18-tahun-ditembak-bapa-sendiri-selepas-video-menari-viral

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman