Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 21 Januari 2023

‘Say Hi To, Raden Seri Riyanna Sayang’ – Mawar Rashid Selamat Bersalin Anak Ketiga

Pelakon, Mawar Rashid selamat melahirkan cahaya mata ketiganya iaitu bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Selangor kira-kira jam 1 pagi tadi. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Mawar sendiri menerusi akaun Instagramnya. Tahniah!

Raden Seri Riyanna

Syukur Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Mawar bersalin secara normal, just like my first 2 baby, Rafael & Cinta. Thank you semua atas doanya.

Menurut Mawar, dia bersalin secara normal buat kali ketiga. Tambah Mawar, dia dan suami, Raf Yaakob bersepakat memberi nama Raden Seri Riyanna buat cahaya mata mereka. Ujar Raf, isterinya dijangka bersalin pada hujung bulan ini, tetapi sejak pagi semalam dia sudah mula mengalami kontraksi yang agak kuat.

Pagi semalam saya membawa Mawar ke hospital tapi doktor maklumkan bayi belum nak untuk ‘keluar’. Namun doktor menyarankan agar Mawar ditahan di wad untuk memantau keadaannya. Tetapi Mawar memilih untuk balik sebab tarikh bersalin pun masih jauh. Secara tiba-tiba sekitar jam 8 malam, dia mula terasa sakit dan menghubungi saya supaya cepat pulang kerana sudah rasa nak bersalin.

Menerusi ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah buat Mawar dan suami.

Sumber: Mawar Rashid



source https://ohbulan.com/say-hi-to-raden-seri-riyanna-mawar-rashid-selamat-bersalin-anak-ketiga

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman