Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 17 Januari 2023

‘Poligami Yang Memecah-Belahkan Itu Bukan Mengikut Sunnah’ – Ibu Syamsul Yusof

Semalam (Isnin), pelakon yang juga isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana telah memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Kuala Lumpur terhadap suaminya berikutan kemelut rumah tangga.

Ekoran daripada itu, pihak mahkamah telah menetapkan 7 Mac sebagai sebutan pertama kes penceraian Puteri Sarah dengan Syamsul.

Artikel Berkaitan: ‘Kita Akan Minta Mahkamah Untuk Jatuhkan Hukuman Penjara & Denda’ – Peguam Puteri Sarah Liyana

Artikel Berkaitan: ‘Cukup Sembilan Tahun Saya Menjadi Isteri Muhammad Syamsul’ – Puteri Sarah Liyana

Kongsi hantaran di IGS

Terbaharu, pada petang Isnin, ibu kepada Syamsul iaitu Datin Fatimah berkongsi satu hantaran di Instagram Stories yang menyentuh isu poligami dalam Islam sehingga mendapat perhatian netizen.

Islam tidak menyuruh berkahwin lebih daripada seorang, tetapi membenarkannya dengan bersyarat. Poligami yang memecah-belahkan itu bukan mengikut Sunnah.

Sebelum ini, Fatimah menegaskan bahawa dirinya tidak mahu diganggu berikutan isu tuntutan cerai daripada menantunya.

Bukan itu saja, sejak pengumuman pernikahan Syamsul bersama Ira Kazar dibuat pada 6 Januari lalu, Fatimah kerap meluahkan perasaannya menerusi akaun media sosial miliknya.

Sumber: Instagram



source https://ohbulan.com/poligami-yang-memecah-belahkan-itu-bukan-mengikut-sunnah-ibu-syamsul-yusof

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman