Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 5 Januari 2023

Perlawanan Malaysia-Thailand Tak Boleh Rekod ‘Full House’

Perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2022 antara pasukan negara menentang Thailand yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Sabtu ini tidak dapat merekodkan jumlah ‘full house’ daripada peminat tegar bola sepak.

Artikel Berkaitan: Bekas Jurulatih Bola Sepak Selamat Bernikah Dengan Artis

Artikel Berkaitan: ‘Saya Cabar Beri Satu Nama Yang Telah Sumbang Lebih Kepada Bola Sepak’ – TMJ

Dihalang dengan pentas konsert

Ini kerana, proses pemasangan struktur pentas bagi konsert Jay Chou masih lagi dijalankan menyebabkan lebih 21,000 tempat duduk terpaksa dikorbankan.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) iaitu Noor Azman Rahman berkata pihaknya bersama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah mencuba mencari solusi terbaik namun tetap tidak dapat dielakkan.

FAM dan PSM telah sedaya upaya untuk beri penyelesaian yang terbaik demi memastikan aksi skuad Harimau Malaya dapat diadakan di SNBJ sepanjang kempen Piala AFF ini berbanding dengan stadium yang berkapasiti lebih kecil.

Harap penyokong terus bagi sokongan

Dalam pada itu, Noor Azman berharap agar penyokong bola sepak tempatan akan terus memberikan sokongan kepada skuad negara walaupun kekuatan ‘tentera’ berkurangan.

Sebelum ini, pasukan Harimau Malaya tampil bergaya selepas muncul sebagai naib juara Kumpulan B selepas menewaskan skuad Singapura dengan skor 4-1, sekali gus mengesahkan slot untuk ke separuh akhir Piala AFF dengan jumlah mata keseluruhan sebanyak 9 mata.

Sumber: Harian Metro



source https://ohbulan.com/perlawanan-malaysia-thailand-tak-boleh-rekod-full-house

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman