Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 16 Januari 2023

‘Menyampah Aku Tengok’ – Tweet Sindiran Kakak Ira Kazar Tuju Untuk Puteri Sarah?

Di Twitter, beberapa tweet yang dimuat naik dari akaun yang difahamkan milik kakak kepada isteri kedua pengarah sensasi Syamsul Yusof, Ira Kazar iaitu Yasmin Kazar mencuri perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: ‘I Tukar Doa, Berikanlah Aku Kesabaran & Ketenangan’ – Puteri Sarah

Artikel Berkaitan: ‘Sekarang Dia Berkiblatkan Keluarga Kazar! Tak Tahu Apa Sudah Jadi Pada Dirinya’ – Ibu Syamsul Yusof

Tuju untuk Puteri Sarah?

Ini kerana, Yasmin meluahkan rasa tidak puas hatinya di Twitter seakan ditujukan ‘khas’ kepada Puteri Sarah susulan kontroversi rumah tangga.

Rosaklah perempuan-perempuan yang suka ‘viral’ sana-sini, acah-acah tersakiti dicurangi. Semua nak kongsi di media sosial sampai lalu di ‘timeline’ aku. B*doh, menyampah, aku tengok. Engkau orang tak ada Tuhan ke?

Kelakar dan ‘fake’

Bukan itu saja, wanita tersebut turut menyelar tindakan Puteri Sarah yang kerap memuat naik situasi kemelut rumah tangga sebagai sesuatu yang ‘kelakar’.

Agak kelakar bila kau tak suka akaun palsu tapi tak sekat. Agak kelakar bila kau ‘pinned’ fitnah dari akaun palsu. Awak memang kelakar. Oh, dan palsu juga.

Walau bagaimanapun, hasil tinjauan OhBulan! mendapati bahawa kedua-dua tweet tersebut telah dipadam dan akaun Twitternya juga telah dinyahaktif.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul Yusof memuat naik sebuah video di IG miliknya dengan membuat pengumuman bahawa dia telah selamat bernikah dengan Ira Kazar di Thailand yang berwalikan bapa pengantin perempuan sendiri.

Sumber: Harian Metro



source https://ohbulan.com/menyampah-aku-tengok-tweet-sindiran-kakak-ira-kazar-tuju-untuk-puteri-sarah

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman