
Sekadar gambar hiasan
Mayat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun disyaki dibunuh dijumpai dalam keadaan separuh bogel. leher dijerut dan tangan diikat di dalam longkang di Brantian, Tawau, Sabah.
Artikel berkaitan : Cemburu Isteri Dibawa Pergi Pasar Malam, Suami Tikam Saudara Guna Sabit
Artikel berkaitan : Julur Kepala Dari Tingkap Bas, Kanak-Kanak 7 tahun Maut Terlanggar Tiang Tepi Jalan
Artikel berkaitan : Dera Sampai Lemah & Mulut Berdarah, Bapa Mengaku Tanam Anak Di Tepi Jalan
Ditemui dalam keadaan separuh bogel

Sekadar gambar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, pihak polis telah menerima laporan berhubung pernemuan mayat seorang perempuan daripada pengurus ladang.
Siasatan awal mendapati mayat terbabit ditemukan oleh orang awam dalam keadaan separuh bogel dengan tangan mangsa diikat serta lehernya dijerut.
Terdapat juga beberapa kecederaan pada tubuh mangsa iaitu koyakan pada bahagian kepala sebelah kiri dipercayai disebabkan objek keras selain tangan dan leher diikat menggunakan pita pelekat berwarna hitam.
Mayat remaja itu kemudiannya di bawa ke Hospital Tawau untuk bedah siasat dan pihak polis masih menunggu hasil laporan terbabit bagi mengetahui punca kematian termasuk sama ada mangsa dirogol atau tidak.
Tahan suspek berusia 14 tahun

Sekadar gambar hiasan
Susulan daripada itu, polis berjaya menahan seorang suspek remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes terbabit.
Hasil siasatan mendapati kedua-dua individu tersebut adalah anak pekerja ladang warga asing serta tinggal di kawasan kejiranan yang sama.
Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan dan suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula 5 sehingga 11 Januari.
Setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber : Harian Metro
source https://ohbulan.com/mayat-remaja-15-tahun-ditemui-di-dalam-longkang-separuh-bogel-tangan-diikat-leher-dijerut-dengan-pita-pelekat
