Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 28 Januari 2023

‘Jangan Buat Statement Sesedap Hati’ – Siti Nurhaliza Kurang Setuju Cadangan Minta Guna Gambar ‘Event’ Untuk Kalendar 2024

Di Twitter, seorang individu memberi cadangan kepada pihak pengurusan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri’ Siti Nurhaliza untuk meletakkan semua foto majlis yang dihadiri penyanyi tersebut pada tahun ini di dalam kalendar tahun hadapan. Ujar individu berkenaan, Tokti tidak perlu melakukan photoshoot untuk foto yang baru.

Letak gambar menarik

Berikutan daripada itu, pihak pengurusan Tokti memberitahu mereka kurang bersetuju dengan idea tersebut. Ini kerana, bukan semua jemputan dapat dari awal tahun lepas.

Kurang setuju, kita nak ke 2024 tapi foto tahun 2023. Tak kebelakang? Foto menarik majlis sepanjang tahun kena keluarkan sebagai buku aktiviti sepanjang tahun. Tak photobook pun macam buku sekolah akhir tahun tu, ada foto, program, kata-kata Siti, keratan berita. Buku sekolah pula kan.

Menurut akaun Twitter Tokti pula, dia baru sahaja mendapat jemputan persembahan yang dimaksudkan individu tersebut.

Selepas siap kalendar baru saya dapat jemputan. Jangan la buat statement sesedap hati saja.

Susulan daripada itu, Tokti berkata teguran yang diberikan oleh individu tersebut seharusnya beradab dan bukannya di public.

Sumber: Siti Nurhaliza



source https://ohbulan.com/jangan-buat-statement-sesedap-hati-siti-nurhaliza-kurang-setuju-cadangan-minta-guna-gambar-event-untuk-kalendar-2024

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman