Pelakon Remy Ishak menerima kritikan dengan hati terbuka apabila ada yang menyifatkan penampilannya semakin tidak terjaga dan selekeh sejak bergelar suami.
Artikel berkaitan : Banyak Sangat Berlakon Sampai Rasa ‘Lost’, Remy Ishak Nak Rehat Dari Dunia Lakonan
Artikel berkaitan : [VIDEO] Peminat Terhibur Tengok Remy Ishak Kacau Isteri Di IG Live – ‘Remy Macam Ayah Aku, Semua Nak Bagi Tahu Orang’
Artikel berkaitan : Remy Ishak, Isteri Terima Hadiah Kahwin Daripada Istana Negara
Dah jadi lumrah
Menurut pemilik nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak, dia percaya setiap manusia akan melalui perubahan berkenaan apabila usia semakin meningkat.
Benda ini memang dah jadi lumrah buat saya. Pandangan atau mentaliti orang memang begitu. Saya sama sahaja. Biasa sahaja. Saya tak sedar pun tapi orang lain mungkin perasaan benda itu.
Mungkin para peminat, sebilangan mereka skeptikal apabila artis kesayangan mereka dah jadi hak milik seseorang, terus dah jadi lain.
Ujarnya lagi, isu peminat akan lari adalah normal apabila artis yang mereka sayang sudah mendirikan rumah tangga. Malah, akan muncul dakwaan yang tidak baik dan sebagainya.
Macam kalau saya suka kepada seseorang atau suka tengok seseorang, tapi bila orang itu buat silap sikit, rasa minat itu hilang.
Tak mengapalah. Saya pun sebenarnya tak tahu nak komen apabila orang fikir saya begitu.
Tak ambil peduli
Bukan itu sahaja, aktor berusia 41 tahun ini enggan mengambil peduli jika dia sudah tidak digilai peminat seperti zaman bujang dahulu.
Ada peminat ke, tiada peminat ke, saya pun tak tahu. Saya bawa diri macam biasa.
Saya sendiri tak sedar sama ada digilai atau tidak. Tapi, alhamdulillah sampai sekarang usia dah 40 tahun, tawaran berlakon masih ada.
Sumber : Kosmo
source https://ohbulan.com/dikritik-makin-selekeh-lepas-kahwin-remy-ishak-reda-sudah-tidak-digilai-peminat-seperti-dulu-saya-bawa-diri-macam-biasa