Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 13 Januari 2023

Bangga Tayang Pendapatan RM76,000 Seminggu, Netizen Terasa Dengan ‘Statement’ Suami Fatin Afeefa – ‘Dah La Single Tak Ada Duit Pula’

Selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Disember lalu, pelakon Fatin Afeefa dan jutawan muda, Aliff Awang sering mencuri tumpuan wargamaya di media sosial.

Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa & Jutawan Dah Nikah

Artikel Berkaitan: Anak Perempuan Fatin Afeefa Rapat Dengan Ayah Tiri, Siap Jalan Berpegangan Tangan

So sweet suami

Terbaru, sebuah video yang direkod semula oleh netizen bertebaran di TikTok sehinggakan Fatin dan Aliff atau lebih mesra disapa Opai menjadi bualan hangat.

Menerusi rakaman itu, Fatin seakan terkejut apabila Opai menyebut perkataan cerai ketika dia sedang membuat siaran langsung di TikTok.

“Sumpah tak kelakar saya tengah buat live,” kata Fatin.

“Saya punya sifat suka kumpul kereta mewah. Mana saya nak ceraikan awak,” jawab Opai sambil mencium dahi Fatin.

Aksi sweet dari Opai itu membuatkan aktres berumur 29 tahun ini berseloroh dengan membahan golongan ‘single.’

Opai turut menjadi ‘tukang tambah’ dengan menayang keuntungan yang diperoleh selama seminggu hasil daripada pelaburan saham online.

Dah la single, tak ada duit pula tu. Sweet dengan bini murah rezeki. Hari ini saja dah dapat 15,500 USD (RM67,000). Minggu ini saja dah buat 17,500 USD (RM76,000). Korang semua sayuran!

Boleh tahan meninggi

Bagaimanapun, kenyataan yang keluar daripada mulut Opai itu telah mengundang kecaman daripada pengikut.

Rata-ratanya menegur sikap Opai yang terlampau riak dengan rezeki Allah sehinggakan menyinggung perasaan orang lain.

Terdahulu, pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan terdahulu, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 7.

Sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.

Sumber: TikTok



source https://ohbulan.com/bangga-tayang-pendapatan-rm76000-seminggu-netizen-terasa-dengan-statement-suami-fatin-afeefa-dah-la-single-tak-ada-duit-pula

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman