Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 14 Januari 2023

Ajak Peminat Imbau Kenangan Lalu, Shila Amzah Teruja Bakal Adakan Konsert ‘Journey to The Future’ Di 5 Lokasi Berbeza

Penyanyi, Shila Amzah atau nama sebenarnya Nurshahila Binti Amir Amzah bakal mengadakan jelajah sulungnya iaitu ‘Journey to The Future’ pada bulan Mac nanti! Menurut Shila, konsert jelajah tersebut bakal diadakan di lima lokasi yang berbeza termasuk di Singapore dan Indonesia. Bestnya!

Bakal gayakan empat busana

Semasa ditemui OhBulan!, Shila meluahkan rasa terujanya untuk melakukan jelajah konsert tersebut di lima lokasi yang berbeza. Tambah Shila, dia tidak sabar untuk berjumpa dengan peminatnya iaitu Shilala.

Ujarnya lagi, tema bagi ‘Journey to The Future’ ini akan membawa penonton ke masa silam Shila menerusi lagu-lagu yang ditulis oleh dirinya sendiri seperti Yang Teristimewa (2003) dan juga Memori Tercipta (2008). Kesemua lagu-lagu tersebut bakal diberikan nafas yang baharu. Jadi penonton akan nampak sisi lain Shila Amzah!

Malah, Shila mendedahkan bahawa dia akan membawakan lebih 20 lagu sepanjang dua jam tempoh konsert tersebut. Bercakap mengenai pemilihan lagu, Shila berkata hampir 90 peratus dia akan membawakan lagu melayu yang bergenre balada kerana ianya menjadi pilihan peminat di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Shila juga akan melakukan medley yang merangkumi empat hingga lima lagu yang menjadikan hampir 40 buah lagu bakal dipersembahkan nanti dalam lima segmen yang berbeza. Bagi persalinan busana pula, Shila bakal memakai empat busana yang direka khas buatnya.

Tiket mula dijual Isnin ini!

Jelajah anjuran IMC Live Global itu akan bermula di Kuala Lumpur yang bertempat di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 4 Mac 2023 sebelum sebelum diteruskan di Penang, Sabah, Singapura dan Indonesia.



source https://ohbulan.com/ajak-peminat-imbau-kenangan-lalu-shila-amzah-teruja-bakal-adakan-konsert-journey-to-the-future-di-5-lokasi-berbeza

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman