Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 22 Disember 2022

[VIDEO] ‘Tengok Bentuk Badan, Pakai Dress Ikat Belakang’ – Mata Tajam Peminat Dakwa Neelofa Hamil Lagi

Baru-baru ini, selebriti berniqab, Neelofa didakwa sedang hamil anak kedua selepas muncul berkerusi roda ketika tiba di lapangan terbang di Brunei bagi tujuan perniagaan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lentok Atas Paha Haris, Peminat Suka Tengok Neelofa Bermanja – ‘Isteri Lebih Tua Memang Romantik’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Risau Tengok Neelofa Berkerusi Roda, Peminat Tanya Hamil Lagi Ke?

Hamil anak kedua?

@seorangnur Kita letak yang maneh2 ada 2 orang ni je ?? #neelofa #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou #fypage #xyzbca ? Dil Kya Kare – Jatin-Lalit & Udit Narayan & Alka Yagnik

Terbaharu, Neelofa sekali lagi mencuri tumpuan selepas tular video penampilan dirinya yang kelihatan agak berisi.

Menerusi video di TikTok, Neelofa bersama suami tercinta, Haris Ismail sedang menjalani penggambaran untuk produk mereka.

Apa yang menjadi sorotan mata orang ramai apabila Neelofa, 33, menggayakan dress ikat belakang serta kelihatan sukar untuk duduk ketika mahu memberikan air kepada Haris.

Peminat tumpang gembira

Di ruangan komen, rata-rata netizen mula mengusik dengan menyatakan Muhammad Bilal bakal menjadi abang tidak lama lagi.

Selain itu, ada segelintir pengikut yang yakin lantas mengucapkan tahniah kepada hos program Next To Neelofa 2.

Sebelum ini, Neelofa merahsiakan mengenai kehamilan bayi pertamanya, Muhammad Bilal sehingga sekitar usia kandungannya mencecah lapan bulan.

Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

Sumber: TikTok @seorangnur



source https://ohbulan.com/video-tengok-bentuk-badan-pakai-dress-ikat-belakang-mata-tajam-peminat-dakwa-neelofa-hamil-lagi

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman