
Ramai sedia maklum bahawa Siti Nursairah (Saerah) dan juga Siti Nursaida (Saida) merupakan salah satu pasangan duo yang bertanding dalam sebuah program realiti, Famili Duo terbitan TV3.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Nampak Mak Cik – Mak Cik Sangat Atas Stage’ – Siti Sairah & Saida Janji Berikan Yang Terbaik Setiap Minggu, Teruja Dapat Sokongan Keluarga
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Jadi Penyampai Laporan Cuaca, Peminat Puji Sama Macam Pembaca Berita
Karaoke dengan adik beradik

Terbaru, menerusi satu perkongsian video TikTok Saerah di akaun miliknya memaparkan dia karaoke bersama adik beradiknya iaitu Saida dan Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti.
Dalam rakaman itu, ketiga-tiga mereka menyanyikan lagu Wanita Terbahagia nyanyian asal daripada Bunga Citra Lestari. Video itu mencuri perhatian netizen kerana merasakan seperti menonton konsert mini dan bukannya karaoke.
Ini konsert, bukan karaoke dah ni. Terbaik lah!
‘Sempoi satu keluarga menyanyi’ – Netizen

Situasi itu juga dikatakan sangat ‘rare’ untuk dilihat kerana adik-beradik ini jarang untuk berada di ‘pentas’ yang sama walaupun kesemuanya merupakan penyanyi profesional.
Terbaik paduan suara adik-beradik ni.
Tak kurang juga ada peminat yang meminta untuk melihat kolaborasi mereka bertiga dalam satu lagu pada masa akan datang. Di samping itu, ada yang berjanji akan tetap memberikan sokongan kepada Saerah dan Saida dalam Family Duo.
Video
@sitinursairahtarudin Bersyukur Aku Mengenalmu. #familiduo #familiduotv3
Sumber: @sitinursairahtarudin
source https://ohbulan.com/video-siti-nurhaliza-saerah-saida-tarudin-karaoke-bersama-ramai-cakap-dah-macam-level-konsert
