Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 20 Disember 2022

Sebulan Bergelar Yatim Piatu, Kanak-Kanak 3 Tahun Anggap Ibu Bapa Keluar Pergi ‘Work’

Foto kredit: Sinar Daily

Hanya menyangka ibu bapa pergi bekerja, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun masih belum memahami bahawa kedua-dua ibu bapanya telah meninggal dunia sejak sebulan yang lalu akibat kemalangan di Kota Tinggi, Johor.

Artikel berkaitan : Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu, Ibu Bapa Meninggal Dunia Selang 12 Jam Pada Syawal Kedua

Artikel berkaitan : Isteri Meninggal Sehari Selepas Pemergian Suami, Anak 2 Tahun Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu

Ibu bapa maut dalam kemalangan

Kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Aulia Izzatunnisa Mohd Izwan masih tidak tahu bahawa ibu bapanya, Muhammad Izwan Mansor dan Saidatul Khadijah Mohd. Shahridin telah pergi menghadap Ilahi selepas terlibat dalam nahas di Kilometer 46 Jalan Johor Bahru-Mersing pada bulan lalu.

Difahamkan, pasangan terbabit maut ketika dalam perjalanan pulang selepas membuang undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu apabila kereta jenis Perodua Alza yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux.

Ketika kejadian, Aulia turut berada di dalam kereta terbabit dan mengalami keretakan pada bahagian kaki kanannya sehingga menyebabkan ia perlu disimen.

Masih anggap keluar bekerja

Menurut nenek Aulia, Absah Abdullah, cucunya masih menganggap bahawa ibu bapanya keluar bekerja. Sebelum ini, mereka jarang bertemu kerana Izwan sedang pengikuti pengajian jarak jauh (PJJ) di peringkat ijazah sarjana muda dan hanya dapat meluangkan masa ketika cuti panjang sahaja.

Kami cuba jelaskan kepada­nya tetapi dia masih budak lagi dan mungkin tidak mengerti apa yang terjadi kepada ibu bapanya.

Dia hanya sebut ibu dan ayah work sedangkan kedua mereka telah menghadap Ilahi. Kami juga dapat lihat kesayuan di sebalik wajahnya bila melihat sepupu­nya yang lain bermanja dengan ibu bapa masing-masing.

Cucunya kini tinggal bersamanya dan menganggap ia adalah satu amanah yang perlu dijaga dengan penuh kasih sayang.

Allah lindungi Aulia kerana ketika kejadian dia berada di pangkuan ibunya. Dia dirawat selama tiga hari di hospital sebelum dibenarkan balik.

Awalnya memang dia tidak boleh berjalan sendiri kerana kakinya yang bersimen dan perlu dibantu. Doktor sarankan begitu agar membantu proses penyembuhannya.

Sumber : Kosmo



source https://ohbulan.com/sebulan-bergelar-yatim-piatu-kanak-kanak-3-tahun-anggap-ibu-bapa-keluar-pergi-work

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman