Nama pelakon popular Korea Selatan, Song Joongki menjadi perbualan hangat netizen apabila terdapat khabar angin mengatakan pelakon kacak itu sedang mengenali hati budi seorang wanita British yang bukan berstatus selebriti.
Artikel berkaitan : [FOTO] ‘Pasangan Serasi!’ – Perkahwinan Joong Ki & Hye Kyo Tarik Perhatian Netizen. Cantiknya!
Agensi sahkan hubungan Joong Ki
Tidak lama selepas khabar angin itu tersebar, syarikat agensi mewakili Joong Ki mengesahkan bahawa pelakon berusia 37 tahun itu memang sedang bercinta.
Aktor Song Joong Ki sedang mengenali wanita dan perasaan yang positif. Kami harap anda dapat menerima hubungan mereka.
Kami berharap anda menerima hakikat bahawa kami tidak dapat mengesahkan apa-apa maklumat selain daripada fakta bahawa mereka sedang bercinta dan kami berterima kasih jika anda dapat menahan diri daripada menerbitkan sebarang laporan berbentuk spekulatif dan tidak sahih.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, nama pelakon Reborn Rich itu turut trending di laman Twitter.
Sumber : Naver
source https://ohbulan.com/sah-song-joong-ki-bercinta-dengan-wanita-british-ini-wajah-teman-wanitanya