Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 7 Disember 2022

PU Azman Berdepan 4 Lagi Pertuduhan Amang Seksual & Kelucahan Melampau

Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman, kini berdepan tiga pertuduhan termasuk melakukan amang seksual dan satu lagi kelucahan melampau.

Artikel Berkaitan: Panas! Caprice Dedah Ada PU Mengorat Wanita Di IG Guna Alasan Sebab Mimpi, Ajak Video Call Tengah Malam

Artikel Berkaitan: Boleh Pakai Jersi Tu Kalau Simbol Sekadar Huruf & Bukan Simbol Salib – PU Azman

Didakwa lagi empat pertuduhan

Tertuduh yang lebih mesra disapa Cik Man telah dituduh berhubung dua kes amang seksual fizikal yang dipercayai berlaku di sebuah inap desa di Sungai Udang, sekitar jam 12 hingga 1 pagi pada 20 Februari dan 29 Jun lalu. Pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd. Said itu boleh memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan.

Dalam pada itu, tertuduh turut didakwa menggalakkan komunikasi secara seksual menggunakan aplikasi WhatsApp yang mengakibatkannya dituduh mengikut Seksyen 11 (1)(b) akta kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman sehingga 3 tahun penjara. Difahamkan, kesalahan terbabit dilakukan antara jam 4 petang hingga 7.30 malam di sebuah rumah di Kampung Meru, pada 16 Ogos lalu.

Mahkamah benar jaminan RM24,000

Manakala, satu lagi pertuduhan, Azman Syah Alias juga telah didakwa atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki berusia 19 tahun, di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd. Rasid. Kesalahan itu dipercayai berlaku di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek sekitar jam 9.15 malam pada 10 Jun lalu. Susulan itu, tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun sekiranya sabit kesalahan. Walau bagaimanapun, pendakwah selebriti berkenaan mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu.

PU Azman yang diwakili Peguam Fahmi Adilah dibenarkan membayar jaminan berjumlah RM24,000 berserta penjamin. Namun tertakluk kepada syarat tambahan iaitu tidak mengganggu mangsa, keluarga dan saksi pendakwaan serta perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap awal bulan bermula bulan ini.

Sementara itu, sebutan semula bagi kesemua kes dijadualkan pada 12 Januari hadapan.

Sumber: Kosmo



source https://ohbulan.com/pu-azman-berdepan-4-lagi-pertuduhan-amang-seksual-kelucahan-melampau

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman