Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 22 Disember 2022

Lelaki Sanggup Curi Telefon Jemaah Perempuan Dalam Masjid, Siap ‘Join’ Bertelekung Waktu Subuh

Seorang pengguna Twitter, memuat naik beberapa keping gambar seorang lelaki yang dipercayai mencuri telefon bimbit milik ibunya sewaktu menunaikan solat Subuh di sebuah masjid di Seksyen 18, Shah Alam pada 20 Disember lalu.

Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto ‘Jenazah’ Sendiri Sebab Enggan Bayar Hutang, Wanita Pura-Pura Maut Dalam Kemalangan

Menyamar jadi jemaah, pakai telekung

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam masjid tersebut, kelihatan lelaki berkenaan memakai telekung dan berada di belakang bahagian tempat solat wanita sebelum bertindak mencuri barang-barang berharga milik jemaah.

Lebih mengejutkan, dia dengan selamba ‘memunggah’ beg milik jemaah-jemaah wanita sewaktu mereka sedang sujud solat Subuh dan berhenti seketika untuk mengelak diri daripada ‘kantoi’ semasa mereka sedang duduk antara dua sujud.

Menurut pemilik akaun Twitter itu, tujuan dia memuat naik gambar suspek tersebut supaya orang ramai di sekitar kawasan Seksyen 18, Shah Alam, dapat mengenal pasti suspek untuk memulangkan semula barang milik ibunya.

Ramai risau, rasa tidak selamat

Perkongsian lelaki itu telah mendapat perhatian netizen terutamanya di sekitar Shah Alam kerana dikatakan insiden sebegitu bukanlah pertama kali berlaku malah kerap terjadi sejak kebelakangan ini.

Benda yang sama jadi dekat ibu saya malam tadi, masa tengah solat Isyak di masjid. Rasanya macam orang sama ni.

Disebabkan itu juga, ramai yang meluahkan rasa kerisauan mereka selepas melihat beberapa kejadian sama berlaku sehingga merasakan diri mereka tidak lagi selamat untuk berada di tempat awam.

Sumber: Twitter



source https://ohbulan.com/lelaki-sanggup-curi-telefon-jemaah-perempuan-dalam-masjid-siap-join-bertelekung-waktu-subuh

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman