Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 6 Disember 2022

Kantoi Sebar & Tonton K-Drama, 3 Pelajar Lelaki Di Korea Utara Dijatuhkan Hukuman Mati

Poster drama Start-Up

Tiga orang pelajar lelaki dari sebuah sekolah menengah di Korea Utara dijatuhkan hukuman mati oleh pihak berkuasa negara tersebut selepas ditangkap menonton dan menyebarkan koleksi drama dari Korea Selatan.

Artikel Berkaitan: ‘Pekat Betul Dia Sebut’ – Viral Pelakon Lelaki Guna Bahasa Melayu Dalam Filem Korea, Rupa-Rupanya...

Artikel Berkaitan: 2 Kali Hamilkan Bekas Teman Wanita, Kim Hyun Joong Didakwa Tak Bayar Nafkah Anak Selama 8 Tahun

Sebar secara besar-besaran

Klip dari drama Business Proposal

Ketiga-tiga pelajar berkenaan didapati bersalah selepas difahamkan menonton dan menyebarkan kandungan drama secara besar-besaran sekitar awal bulan Oktober tahun ini.

Bukan itu saja, mereka juga dilaporkan telah menonton beberapa episod dari siri Amerika Syarikat bersama rakan-rakan yang lain.

Sebelum ini, Korea Utara telah menguatkuasakan undang-undang berkenaan bermula Disember tahun 2020 yang mana sekiranya terdapat individu yang menyebarkan atau mengimport bahan audiovisual ke negara mereka, pesalah akan dikenakan hukuman mati.

Tetap dikenakan kepada pesalah bawah umur

Klip dari drama Crash Landing On You

Disebabkan peminat-peminat drama Korea Selatan kebanyakannya terdiri daripada golongan bawah umur, pihak berkuasa Korea Utara tetap bertegas untuk mengenakan tindakan tersebut kepada golongan berkenaan sekiranya didapati bersalah.

Walau bagaimanapun, budaya Korea Selatan dilihatkan telah meresap masuk ke negara berkenaan selepas hasil soal selidik mendapati lebih 96% penduduk Korea Utara telah menonton drama ‘Squid Game’ dan juga ‘Crash Landing On You’.

Sumber: Allkpop



source https://ohbulan.com/kantoi-sebar-tonton-k-drama-3-pelajar-lelaki-di-korea-utara-dijatuhkan-hukuman-mati

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman