Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 16 Disember 2022

Julur Kepala Dari Tingkap Bas, Kanak-Kanak 7 tahun Maut Terlanggar Tiang Tepi Jalan

Seorang kanak-kanak lelaki di Mexico dilaporkan meninggal dunia selepas menjulurkan kepalanya keluar dari tingkap bas sebelum terlanggar sebatang tiang.

Artikel berkaitan : Kanak-Kanak Maut Terjerut Tali Langsir Dalam Bilik

Artikel berkaitan : Ditinggalkan Dalam Kereta Berjam-Jam, Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Akibat Strok Haba

Artikel berkaitan : Budak Perempuan 11 Tahun Maut Dipercayai Dibunuh Ibu, Ada Kesan Jerut Di Leher

Keluarkan kepala dari tingkap bas

Difahamkan, mangsa sedang dalam perjalanan bersama keluarganya ke Mexico dan insiden terbabit berlaku pada Ahad lalu di sebuah jalan raya di bandar Veracruz.

Menurut saksi, kanak-kanak berkenaan telah menjulurkan kepalanya ke luar tingkap bas dan terlanggar sebatang tiang ketika bas terbabit menghampiri bahu jalan raya.

Walau bagaimanapun, mangsa berusia tujuh tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik dan mayatnya ditinggalkan di bekakang bas tersebut.

Sebaik pihak polis tiba di tempat kejadian, pemandu bas bertindak melarikan diri. Kejadian terbabit secara tidak langsung mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan pengguna media sosial turut mengkritik ibu bapa kanak-kanak terbabit.

Itulah sebabnya ibu bapa perlu sentiasa mengajar anak-anak mereka supaya tidak menjulurkan kepala ketika mereka menaiki bas.

Susulan daripada itu, pihak polis memaklumkan bahawa kejadian berkenaan masih berada dalam siasatan.

Sumber : Mirror



source https://ohbulan.com/julur-kepala-dari-tingkap-bas-kanak-kanak-7-tahun-maut-terlanggar-tiang-tepi-jalan

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman