
Sejak hujung minggu lalu, negara dikejutkan dengan kejadian banjir yang berlaku di beberapa kawasan di Pantai Timur (Kelantan, Pahang dan Terengganu) sehingga air melebihi paras bahaya akibat hujan tanpa henti.
Artikel Berkaitan: Abang Viva Tetap Bantu Mangsa Banjir Lepas Dicop ‘Mengungkit’, Siap Bawa Isteri Sekali
Lelaki selamba celup roti

Di media sosial, tular klip memaparkan tindakan dua orang lelaki dipercayai di Besut, yang selamba makan roti yang dicelup ke dalam air banjir semasa terkandas dalam bencana tersebut.
Rakaman itu juga mengundang pelbagai reaksi netizen kerana ada yang mengatakan mereka tidak sepatutnya makan roti yang dicelup dengan air banjir kerana dikhuatiri penuh dengan bendasing kotor sehingga boleh mendatangkan mudarat.
Diorang ni tahu tak air banjir ni kotor? Kita tak tahu apa yang ada dalam tu.
Tak geli ke? Agak-agak lah kalau nak buat konten pun. Jangan korbankan diri sendiri.
Banyak kuman, undang penyakit merbahaya

Ekoran daripada itu juga, seorang doktor menegaskan bahawa pelbagai penyakit merbahaya seperti kolera, hepatitis A dan leptosprisis mudah dijangkiti kerana kuman dibawa dalam air banjir.
Jangan ambil risiko. Ianya sangat bahaya. Mungkin hospital berdekatan pun turut terjejas akibat banjir menyebabkan kes sebegini sukar untuk dikawal.
Bukan itu saja, warganet turut menasihati orang ramai agar tindakan kedua-dua lelaki berkenaan tidak dijadikan sebagai contoh kerana risau menjadi ikutan netizen terutamanya daripada golongan kanak-kanak.
source https://ohbulan.com/jangan-ambil-risiko-tindakan-lelaki-celup-roti-dalam-air-banjir-undang-kritikan-netizen
