
Sekadar gambar hiasan
Seorang remaja lelaki dipercayai berada dalam keadaan halusinasi hilang ketika keluar rumah untuk pergi ke kedai bersama rakannya di Kampung Temalir, Kuala Krai, Kelantan.
Lari masuk hutan

Remaja berusia 18 tahun itu dikenali sebagai Norhisham Saifuddin melarikan diri masuk ke kawasan hutan selepas melihat kereta yang dipandu oleh bapa saudaranya di kedai terbabit.
Menurut ibu saudaranya, Mas Anizan Mat Ghani, remaja berkenaan mengalami halusinasi sehingga meracau-racau ketika dia bercuti di Kuala Lumpur bersama rakannya selama tiga hari sebelum suaminya membawa Norhisham pulang ke kampung.
Selepas mengetahui masalah yang dialami Norhisham, suami saya yang bekerja di Kuala Lumpur terus membawanya pulang ke kampung.
Semasa berada di rumah keluarga di kampung, dia dilihat sering bercakap seorang diri dan sering meracau.
Ambil Norhisham untuk rawatan

Sekadar gambar hiasan
Ujarnya lagi, anak saudaranya telah meminta kebenaran untuk pergi ke kedai berdekatan dengan rumah sambil ditemani oleh rakannya yang berusia lingkuan 20-an sebelum suaminya ingin mengambil Norhisham untuk mendapatkan rawatan.
Menyedari kereta suami saya menghampirinya, dia terkejut sebelum terus melarikan diri ke kawasan hutan. Saya dan ahli keluarga lain telah mencarinya di kawasan tersebut, namun usaha kami gagal.
Anggota keselamatan kini sedang menjalankan operasi mencari Norhisham yang sudah lebih 24 jam hilang.
Susulan daripada itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azman Ayob berkata pihak polis kini sedang mencari remaja terbabit selepas menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Sumber : Kosmo
source https://ohbulan.com/dipercayai-berhalusinasi-remaja-lari-masuk-hutan-bila-nampak-bapa-saudara
