Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 13 Disember 2022

Dera Sampai Lemah & Mulut Berdarah, Bapa Mengaku Tanam Anak Di Tepi Jalan

Sekadar gambar hiasan

Seorang bapa dipercayai mendera anaknya sehingga maut sebelum bertindak menanam mayat mangsa di tepi jalan berhampiran sebuah taman riadah di Taman Dusun Bandar, Jalan Bellamy bagi menyembunyikan kesalahannya.

Isteri nampak mulut anak keluar darah

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan, perkara berkenaan terbongkar selepas isteri suspek membuat laporan polis pada Jumaat lalu yang memaklumkan bahawa anak perempuannya didera oleh suami.

Si isteri yang merupakan seorang warga asing berusia 41 tahun baru sahaja pulang bekerja dan mendapati kanak-kanak berusia sembilan tahun itu berada dalam keadaan lemah serta darah keluar daripada mulutnya.

Pihak polis yang menerima aduan terbabit bergegas ke rumah suspek bersama pengadu untuk mengambil anaknya, namun anak serta suami tiada di rumah. Susulan daripada itu, polis telah menjalankan usaha mengesan suspek sebelum berjaya ditangkap di Jalan Pasar Pudu.

Suspek mengaku tanam anak

Sekadar gambar hiasan

Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya telah mengesahkan kejadian terbabit dan memaklumkan seorang lelaki warga tempatan berusia 40 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Hasil soal siasat, suspek yang merupakan seorang penganggur mengaku menanam mayat anaknya. Lelaki berkenaan kini direman selama tujuh hari dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro



source https://ohbulan.com/dera-sampai-lemah-mulut-berdarah-bapa-mengaku-tanam-anak-di-tepi-jalan

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman