Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 23 Disember 2022

Cemburu Isteri Dibawa Pergi Pasar Malam, Suami Tikam Saudara Guna Sabit

Sekadar gambar hiasan

Seorang suami di Probilinggo, wilayah Jawa Timur, Indonesia disyaki membunuh saudaranya sendiri kerana terlalu cemburu.

Artikel berkaitan : Wanita Geram Dengan Perangai Terlampau Manja Adik Ipar – ‘Pegang Tangan Suami Pun Dia Cemburu’

Artikel berkaitan : Lelaki Tembak Kemaluan Suami Baru Bekas Isteri Kerana Cemburu, Bila Disoal Siasat Kata ‘Tersilap’ Sambil Ketawa

Artikel berkaitan : Didakwa Angkara Cemburu, Lelaki Sempat Tersenyum Buang Mayat Rakan Sekerja Guna Troli

Bunuh saudara sebab cemburu buta

Sekadar gambar hiasan

Suspek berusia 35 tahun itu bertindak membunuh saudaranya yang dikenali sebagai Fa kerana mengajak isterinya berjalan-jalan ke pasar malam.

Menurut seorang pegawai polis, Jamal, kejadian terbabit berlaku pada Jumaat lalu di mana suspek yang dikenali sebagai Bebun membunuh mangsa dengan menggunakan sabit disebabkan cemburu buta.

Ujarnya lagi, ketika itu suspek melihat Fa sedang menunggang motosikal sebelum mengejar mangsa lalu membunuhnya dengan kejam. Penduduk setempat yang menyaksikan insiden tersebut bertindak melaporkan kepada pihak polis.

Bebun sempat melarikan diri dan bersembunyi di rumah saudaranya yang tidak jauh daripada tempat kejadian.

Berjaya ditangkap polis

Walau bagaimanapun, dia berjaya ditangkap oleh pihak polis tiga jam selepas insiden berdarah itu manakala mangsa pula dihantar ke sebuah hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Kami rampas barang bukti iaitu sabit yang digunakan untuk membunuh mangsa di tempat kejadian.

Susulan daripada itu, suspek berdepan dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika didapati bersalah kerana membunuh mangsa mengikut undang-undang Indonesia.

Sumber : Kompas.com



source https://ohbulan.com/cemburu-isteri-dibawa-pergi-pasar-malam-suami-tikam-saudara-guna-sabit

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman