Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 12 Disember 2022

Abang Bomba Tolong! Kaki Adik Tersepit Dalam Mangkuk Tandas

Di Kuala Selangor, seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan sakit hampir 30 minit kerana kakinya tersepit dalam mangkuk tandas di rumah.

15 minit untuk keluarkan kaki

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.42 malam, semalam.

Sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke tempat kejadian. Tiba di lokasi, bomba mendapati seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun tersepit pada bahagian kaki kirinya di dalam lubang tandas jenis cangkung.

Tambah Norazam, anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit bagi mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit dengan memecahkan mangkuk tandas menggunakan peralatan khas.

Ahli keluarga sebelum itu berusaha mengeluarkan kaki mangsa namun gagal. Kanak-kanak lelaki itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Sumber: Harian Metro



source https://ohbulan.com/abang-bomba-tolong-kaki-adik-tersepit-dalam-mangkuk-tandas

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman