
Seorang warga emas berusia 68 tahun yang merupakan gelandangan dipercayai telah dibunuh dan mayatnya ditemui di lorong berdekatan dengan kaki lima jalan Leong Sin Nam, Ipoh pada Ahad.
Artikel Berkaitan: Penumpang Bertumbuk Dengan Kru Pesawat, Penerbangan Turkish Airlines Terpaksa Mendarat Cemas
Artikel Berkaitan: Bergaduh Siram Baja Tahi Ayam & Tunjuk Punggung Pada Anak, Bekas Suami Isteri Didakwa
Dipukul dengan gelandangan

Kejadian yang berlaku sekitar jam 5:15 pagi itu melibatkan seorang lagi gelandangan berusia 51 tahun yang dikatakan bertindak memukul dan menendang mangsa.
Punca kejadian dikatakan berlaku selepas suspek berang dengan mangsa menyebabkan tercetusnya pergaduhan.
Suspek ditahan

Laporan berkenaan dengan kejadian itu diterima oleh pihak polis pada 5:20 pagi hari yang sama dan difahamkan suspek telah ditahan selepas pemeriksaan di lokasi dilakukan.
Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melibatkan pembunuhan.
Sementara itu, pekerja restoran selaku saksi kejadian memberitahu bahawa dia terdengar suara orang bergaduh dengan kuat malah turut kedengaran bunyi kaca pecah sebelum segera menelefon pihak polis.
Sumber: Harian Metro
source https://ohbulan.com/warga-emas-hidup-gelandangan-mati-dipukul-lepas-bergaduh
