
Usahawan terkenal, Noor Neelofa sekali lagi mencuri perhatian warganet di media sosial. Kali ini, Neelofa dilihat sebak ketika berpeluang melihat helaian rambut milik Nabi Muhammad SAW di Persada Johor International Convention Centre.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Teman PU Riz Main Futsal, Penampilan Tudung Sarung Jadi Bualan Peminat – ‘Comel Macam Budak Sekolah Menengah’
Rasa dekat dengan Nabi Muhammad

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), pelakon berumur 33 tahun itu melawat Pameran Sejarah Nabi & Sahabat bersama Persetubuhan Kasih Neelofa, baru-baru ini.
Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor mengabadikan kenangan berharga ketika melihat beberapa barangan peribadi milik Rasulullah di Instagram Stories.
Ada helaian rambut, cebisan jubah dan capal Nabi. Meremang bulu roma dan rasa ibarat begitu hampir dengan Nabi tercinta.
Selain itu, bekas hos program MeleTOP ini juga dilihat menitiskan air mata beberapa kali sepanjang berada di pameran tersebut.
Allahumma Solli Ala Muhammad
@moi_mademoiselle Bila tengok neelofa menangis kita pun ikut sebak ? #neelofa #nunha #rasulullah ? Ya Rasulullah – Raihan
Dalam video lain di TikTok, pemilik akaun @moi_mademoiselle turut berasa hiba melihat riak wajah isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail.
Di ruangan komen, rata-rata wargamaya tersentuh hati selepas melihat rakaman video itu. Rata-ratanya merasai perasaan yang sama seperti ibu kepada Muhammad Bilal.
Sumber: TikTok @moi_mademoiselle
source https://ohbulan.com/video-neelofa-menangis-dapat-tengok-helaian-rambut-milik-rasullullah
